Profile Dividers & Borders for MySapce, Friendster, hi5 and more

Wednesday, 6 April 2011

iNDahnYa kEhiDuPan...


Hidup adalah milik Allah SWT. Hidup di dunia sifatnya hanya sementara. Maka kita harus menerima apa adanyaManfaatkan hidup ini sebaik-baiknya dengan seimbang dunia dan akhirat. Sebab, hidup adalah anugerah Allah.
JADI
Bila sesuatu telah ditakdirkan untuk kita terimalah seadanya, redha dengan pemberiannya…pasrah dengan ketentuannya…terimalah seadanya,teruskan perjuangan…selagi hayat di kandung badan, selagi nadi berdenyut kencang, selagi nyawa masih bersatu di badan, selagi darah mengalir laju..ayuh!!! jangan menyerah sebelum kalah…adakah perlu kita menyerah sebelum kita berusaha???...perlukah???..walau pahit, jerih, sedih, dan dugaan yang datang melanda...sabarlah duhai pemilik diri..itulah warna-warni kehidupan..rempah ratus pemanis hidup..resepi pemanis rasa..hadapilah dengan tenang..inilah rencah sebenar kehidupan..biar pahit atau manis telanlah dengan penuh senyuman…

Tuesday, 5 April 2011

mENGenal diRi


Jom kawan-kawan kita kenal diri kita, sekadar suka-suka...Yang BAIK di jadikan teladan, yang BURUK di jadikan sempadan. Apa yang penting kita TERUSKAN perjalanan hidup kita dengan SENYUMAN.
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari (Dr.Fadzilah Kamsah)

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20-05-1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..
selamat mencuba 

Saturday, 2 April 2011

NikmAtiLaH aNuGerAh kEhiDupAn

Insan dijadikan sebagai makhluk yang paling sempurna. Sempurna kerana dilengkapkan dengan akal fikiran yang dapat memandu hidup dan hala tuju kita. Di dalam al-quran juga ada menyebut bahawa manusia  dijadikan sebaik-baik kejadian..kerana penciptaan insan yang begitu unik dan istimewa itulah yang melayakkan untuk bergelar khalifah di bumi ini..



Namun di dalam kesempurnaan penciptaannya, ada lagi yang merintih kekurangan dirinya, malah ada yang menyalahkan takdir yang datang menimpa-nimpa…Kerana sikap inilah yang tidak akan dapat membantu kehidupan kita. Ia hanya akan membawa kepada perasaan putus asa, kecewa dan sedih yang akhirnya akan merosakkan diri dan mematahkan semangat kita.

Kita terimalah seadanya..dengan hati yang terbuka dan penuh redha. Walaupun kita memiliki banyak kekurangan, percayalah bahawa kita adalah hambaNYA yang terpilih dan terbaik. Di sebalik kekurangan kita, tentu banyak lagi kelebihan dan keunikan yang ALLAH kurniakan . jadi tak perlulah bersedih dan rasa terhina, sebaliknya kuatkan jiwa untuk membangunkan diri dan berusaha memotivasikan diri kita untuk berusaha untuk mencapai potensi yang membanggakan..

- anUgEraH-
Hayatilah dan nikmatilah detik kehidupan kita, insyaALLAH kita akan temui 1001 kemanisan dan kebahagiaan di sebaliknya. DIA Maha Mengetahui dan DIAlah sebaik-baik perancang jadi carilah mutiara di dalam pepasir agar kita sentiasa menjadi hamba-NYA yang bersyukur.

Duhai kawan duhai teman…betapa ruginya kita, terlalu banyak anugerah untuk kita syukuri jika kita betul-betul muhasabah dan menginsafi diri kita. Anugerah yang di berikan itu mungkin tidak di sedari oleh kita, namun apabila kita kehilangannya, saat dan waktu itulah barulah kita menyedarinya betapa pentingnya anugerah itu…Allahuakbhar...agungnya kurniaan ALLAH itu…

Sunday, 27 March 2011

imPian dAn haRaPAn pEmacu KejAyaAn


kita di lahirkan di dunia ini sesungguhnya adalah satu rahmat dari ALLAH. Oleh itu, setelah kita melalui perjalanan yang penuh onak dan duri kita memerlukan impian untuk di gapai dek akal dan harapan untuk di capai dek tangan..dalam perjalanan yang kita lalui masa merupakan pengadil yang paling adil..ia bergerak pada paksinya, berhenti perjalanannya setelah ketiadaan tenaga untuk bergerak..pernahkah kita berfikir???
andai dapat diundur putaran masa, terlalu banyak perkara yang ingin kita lakukan. namun, sebagai manusia kita tidak patut menyesali atas apa yang telah berlaku. Malah kita tidak boleh menyalahkan takdir atas kelalaian diri kita sendiri. Harus cermin dan teliti apa kesalahan diri kita.


Bila usia meningkat dari hari ke hari kita akan sedar betapa rugi masa yang telah dibazirkan demi menikmati keseronokan yang di kecapi hanya untuk sementara. Dan kita tidak pernah menyedarinya…“sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”.

Meniti hari yang penuh ranjau dan duri sememangnya memeritkan bagi sesiapa yang telah memilih untuk bersenang- senang dahulu tetapi akhirnya susah dikemudian hari. Setiap malam, setiap saat, setiap detik hanya memikirkan apa yang akan berlaku keesokan harinya. Menghitung hari..Tiadakah perkara ajaib yang akan mengubah hidup ini??.......biar menangis air mata darah sekalipun kejaiban tidak akan berlaku tanpa DOA yang di panjatkan,tanpa USAHA yang berterusan, tanpa IKTHIAR di amalkan dan tanpa TAWAKKAL yang kepada ALLAH.

Melihat kejayaan orang lain telah memberi tamparan yang hebat. Rasa cemburu yang meluap- luap seakan memaksa diri mencari kaedah lain untuk berjaya. Namun, semuanya terasa sangat sukar untuk dikecapi apabila menghadapi kenyataan. Walaupun dulu kita pernah menjadi seorang yang hebat di mata orang lain tetapi semua itu tidak akan berterusan sekiranya kita tak mengambil endah tak endah terhadap masa depanmu.

Arghhhh “ kejamnya dunia”, Arghhhh “ kenapalah aku” .Itulah perkataan yang sering diungkapkan apabila melihat kesenangan orang lain. pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri “adakah hanya tahap ini yang mampuku kita gapai dan capai??”. Pernahkah kita menerokai dan selidiki sendiri apakah kebolehan yang masih belum digunakan dan apakah kebolehan lain yang masih belum di bongkarkan. Manusia memang mudah lupa dan alpa. Hanya tahu merungut dan menangis apabila diduga. “Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan, permudahkanlah jalan untukku. Mohonlah kepada Allah S.W.T dan berusahalah selagi terdaya dan bertawakkallah setelah kita sudah berusaha….


Peganglah kepada kata-kata “bukan mudah untuk berjaya”….sebaliknya gunalah kekuatan, kelebihan, kekurangan, kelemahan yang setia melilit di tulang empat kerat kita untuk meraih kejayaan di kemudian hari dan mendatang…

Adakah impian dan harapan anda sudah tercapai???


Sunday, 20 March 2011

aPa yAnG Di caRi dAlaM hiDuP iNi..???


Kali ni nak citer sikit apa yang kita nak cari dan apa yang perlu di cari sebenarnya dalam hidup kita ni..Kadang mungkin terlintas dalam fikiran kita mengapa kita melakukan itu dan ini, seolah-olah kita seperti tak punya arah tujuan bukan…

Sebagai makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah, manusia dikurniakn akal budi, boleh berfikir dan menentukan sesuatu yang terbaik dalam hidup... kehidupan manusia merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah Taala di muka bumi ini.

Firman Allah dalam surah ar-Ruum,” kita makhluk yang sempurna serta mampu menguruskan kehidupan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan. Namun masih ada yang lupa dan leka.

Perlu kita fikir dan ingat bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu itu ada gunanya. Sehinggakan batu dan kayu buruk pun ada gunanya. Dunia yang dihuni ini, dan setiap perkara yang diciptakan Allah di dunia ini adalah untuk melengkapkan kehidupan manusia dan ada kegunaannya, sama ada untuk dunia sendiri mahupun untuk di akhirat kelak.

Tujuan hidup manusia sebenarnya bergantung pada manusia itu sendiri, apakah yang diingininya dalam hidup ini, untuk apakah dia hidup di dunia ini. Kehidupan yang bagaimanakah yang dicari? Adakah kemewahan dan keseronokan.

Kita bekerja seharian, bertungkus-lumus, keluar pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang. Untuk apa kita bekerja hingga sebegitu rupa. Sehinggakan ada kalanya kita bekerja seolah-olah tidak cukup siang, sehinggakan waktu rehat pada malamnya dikorbankan, semata-mata untuk bekerja.Sedangkan aturan dan panduan hidup yang telah digariskan oleh Allah tidak begitu. Allah jadikan siang untuk kita bekerja dan mencari keperluan hidup, dan dijadikan malam itu untuk beristirahat.
Manusia digalakkan untuk mencari kehidupan di dunia, dan mencari rezeki. Seperti dianjurkan oleh Rasulullah, antara lain menyatakan manusia perlulah beramal untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramal seolah-olah  kita akan mati esok hari…
Islam tidak menyuruh umatnya hanya beribadat sahaja tanpa memikirkan soal keduniaan sehingga kemiskinan menyelubungi mereka. Cuba kita fikir kenapa Allah jadikan dunia ini untuk kita hidup? Dan, bagaimana untuk hidup di dunia ini dengan membuang segala yang terdapat di dalamnya.

Bagaimana mungkin kita boleh bergerak di lautan kalau tidak mempunyai bahtera, bagaimana kita mendapatkan keperluan kalau tidak mempunyai wang ringgit...

Ini semua perlu dicari dan diusahakan bagi mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan bagi meneruskan kehidupan yang seterusnya...

Realitinya pada hari ini, kita bukan sahaja mengejar keduniaan seolah akan hidup selamanya sehingga terus meninggalkan akhirat. Setidak-tidaknya jadikan apa yang diusahakan dalam perkara keduniaan itu untuk mendapatkan akhirat. 



Namun kita terus lalai dibuai keenakan dunia yang penuh pancaroba ini dan lupa tuntutan akhirat yang kelak. Kita terus berebut untuk memiliki sebuah rumah yang mewah, kereta mewah, perusahaan yang besar, dihormati oleh manusia, disegani, dan disanjung.
Cuba kita renungkan satu hadis nabi “ apabila mati anak adam terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, anak yang soleh yang mendoakannya, amalan yang soleh yang dikerjakannya, dan amal jariah yang dilakukannya semasa hidup”.
Apakah masih belum kita temui pencarian kita di dunia ini? Dunia hanyalah tempat persinggahan dan sempadan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh di sana iaitu ke akhirat.

Sepatutnyanya kita mencari bekalan yang memungkinkan kita sampai ke akhirat dengan perjalanan yang baik dan kita dapat “membeli” keadaan yang baik, mewah dan sempurna di akhirat yang membawa kebahagiaan yang berpanjangan...

Friday, 18 March 2011

TaLi siLatuRraHim kEhiDupAn..



SATU MINIT untuk bertemu seseorang yang istimewa,
SATU JAM untuk menghargainya, dan
SATU HARI untuk menyukai dan mengasihinya...
TETAPI...kita memerlukan waktu
SEUMUR HIDUP untuk melupakannya!


Begitu indah kata-kata ini, indah lagi jika kita mengetahui maksud yang tersirat dan tersurat di sebaliknya...Oleh itu, dalam menjalani kehidupan ini semestinya kita memerlukan seorang sahabat untuk sama-sama berkongsi rasa suka dan duka.. jadi, setujukah anda semua pembaca yang budiman..sekiranya saya mengatakan bahawa persahabatan amat penting dalam sesebuah kehidupan…???..mungkin anda semua mempunyai pendapat masing-masing…cuba fikirkan..tapi jangan samapai nak pecah kepala pula memikirkannya..apa-apapun bacalah coretan ini…sekadar perkongsian bersama..

kata-kata hikmah juga ada menyebut “Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah dia supaya merasa marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu atau aibmu… Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabat”..itulah sebaik-baik sahabat…

Wah!!!
Betapa indahnya sebuah persahabatan itu, betapa indahnya lagi kurniaan kasih sayang yang Allah berikan untuk kita semua menikmatinya…bukan sahaja untuk dicurahkan untuk keluarga tersayang tapi itulah juga kasih sayang untuk kita berikan pada seorang insan yang bernama SAHABAT…

Misalnya…
Tika berjauhan dari keluarga tercinta..contohnya macam kita semualah, merantau untuk mencari secebis ilmu untuk di penuhkan di dada…Tika itu sahabatlah yang membuat kita selalu rasa ceria, membuat kita rasa semangat untuk hadapi kehidupan yang mendatang, menghiasi hari-hari yang kosong penuh dengan warna-warna kehidupan, sahabat jugalah yang membuatkan  senyuman kita sentiasa terukir dibibir dengan ikhlas…bila sedih?..merekalah yang memberikan pelukan yang sangat erat dan bersedia menghulurkan bahu untuk kita melabuhkan ketenangan diri kita di situ…
Betapa hebatnya apabila mendapat sebuah persahabatan yang sangat indah…mereka sanggup mengalirkan airmata bersama-sama dengan kita apabila melihat kita dalam kesedihan…mereka juga sanggup melakukan apa sahaja supaya kita kembali ceria dan gembira..

Makanya…
Tidaklah kita dapat mengenali orang lain melainkan 3 waktu dan keadaan…Yakni…1-Tidaklah kita dapat mengenali orang lain melainkan ketika dia sedang marah..maksud di sini ialah bila kemarahan itu muncul pada diri seseorang itu, kita dapat lihat samada dia boleh mengawal marahnya atau tidak, jadi di situ kita boleh kenal sahabat kita tu jenis yang macam mana..


Yang ke-2- tidaklah dapat kita kenali seseorang itu berani atau tidak melainkan pada waktu ia pergi berjuang..bila sebut pasal berjuang bukanlah berjuang di medan peperangan semata-mata yea..itu pun betul jugak..hehe..tapi berjuang dari sudut lain..seperti apa yea..contohnya, berani menyahut cabaran tatkala benda yang ingin di lakukan itu memang sangat mencabar tetapi ia berani menyahut cabaran itu dan sanggup berjuang sehabis daya..camtulah lebih kurang..

3- tidak dapatlah kita mengenali sahabat melainkan waktu kesusahan…iaitu susah dan senang sentiasa bersama..bukanlah berkawan di waktu senang jea..bila dalam kesusahan semua cabut lari..jadi itu bukanlah sahabat yang baik untuk kita…jadi berawaslah…


sekadar coretan sahaja..yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang kurang itu adalah kelemahan diri saya sendiri…wassalam…


Saturday, 5 March 2011

rEmPah raTUs ciNtA



Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala..

kali ini saya nak bercerita tentang cinta pula..sebut pasal cinta semua senyum-senyum jea…ini bukan nak cerita tentang kisah cinta antara teruna dan dara atau puteri dan putera…tapi nak cerita pasal cinta yang merangkumi setiap aspek kerana cinta itu sangat meluas, yakni cinta kepada Allah, Nabi Muhammad, Ibubapa, keluarga, diri kita sendiri pun kena cinta jugak, sahabat-sahabat nabi, dan kaum muslimin dan 
muslimat di seluruh dunia..

cinta yang di bajai dengan kasih sayang akan menguntumkan sebuah bunga yang mekar dan harum baunya…setelah itu, cinta yang telah terbina akan menghasilkan bahagia yang tiada tandingnya..

Bahagia yang tumbuh mengalir bermula dari keluarga..bermula dari titisan susu ibu yang tercinta..maka bercambah dan mengalirlah kasih abadi yang tumbuh dari ayah tercinta…walau kita panjat gunung everest sekalipun, berenang melintasi lautan dan gunung berapi..melintasi jua jejantas kereta api sekalipun takkan kita temui cinta semurni ayah, ibu & keluarga…

cinta itu berbeza ertinya samada pada waktu dan peristiwa..sifat cinta selalu berkembang dan terus berkembang umpama udara yang mengisi ruang-ruang kosong di angkasa..cinta juga seperti air yang terus mengalir yang kita sendiri tidak tahu di mana awalnya dan di mana akhirnya…namun cinta itu akan sama sekiranya kita membawanya kearah yang lebih baik dan sempurna dengan menghargainya dan sentiasa memupuknya…cinta akan mengajar kita untuk berlaku jujur, berkorban, berjuang, menerima, memberi dan mempertahankannya…itulah CINTA..

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama..

Di sini saya nak kongsi tentang kisah Rasulullah betapa cintanya beliau kepada ummatnya…“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taat dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, Sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintaiku. Dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk syurga bersamaku.” Itulah khutbah terakhirnya  yang begitu mencintai umat sekeliannya. Bahkan, beliau masih sempat bertanya, “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” pada Malaikat Jibril yang datang bersama Malaikat Izrail saat maut menjelang. Hingga rohnya ditarik perlahan, bibirnya yang kebiruan pun masih berbisik di telinga Ali, “Ummati, ummati, ummati..” begitulah betapa cintanya beliau kepada ummatnya…

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi..
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya..
Cintakan saudara masa berada hanya sementara..
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..




Monday, 28 February 2011

pEnGorBanAn cEtuS keBahaGiaAn

“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia…hmm…hmm..hmm..Untuk menjadi bukti, kasih yang sejati, itulah tandanya, jika mahu diuji”…itulah bait-bait lirik nyanyian Tan Sri P.Ramlee..

Dalam meniti kehidupan ini pengorbanan memainkan peranan yang penting untuk kita mencapai apa yang kita inginkan dan hajati.  Bak kata pepatah “Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan keyakinan, kejayaan menentukan kejayaan dan kejayaanlah yang menentukan kebahagiaan..Jadi, walau terkadang pahit atau manis untuk di telan namun telanlah ia dan jadikanlah ia sebahagian dari perjuangan kita..

bila sebut aje pasal pengorbanan ini, tak semestinya berkorban dari segi harta atau sebaliknya tetapi kita sebagai pelajar marilah sama-sama berkorban masa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjuang dengan tabah dalam mencari ilmu bagi menjamin kejayaan kita..bersengkang mata dalam menuntut ilmu, mengorbankan masa untuk bersama keluarga tercinta, itulah pengorbanan sebenarnya…ketahuilah, jika kejayaan dapat dikecapi bukan saja memberi kegembiraan yang menggunung terhadap diri kita tetapi ibubapa kita juga akan tersenyum bangga melihat akan kejayaan kita…


Kemanisan kejayaan suatu yang sukar untuk dilupakan di dalam kehidupan siapa saja, namun setiap kemanisan kejayaan itu tentu sekali diiringi dengan persediaan rapi untuk melalui kesukaran didalam kehidupan. Setiap kesukaran dan kepayahan yang dilalui tentunya menjanjikan kejayaan demi kejayaan, walaupun kejayan itu adalah ketentuan dari Allah swt namun setiap kesukaran itu pastinya akan membuahkan kemanisan kejayaan dengan izin Allah swt. Kita perlu berani untuk menghadapi kesukaran dan kepayahan. Sejauh manakah kita membuat persiapan diri kita untuk menghadapi kesukaran di dalam kehidupan?

Adakah kita sering bersikap adil kepada diri kita? Kita mahukan kemanisan kejayaan tetapi kita tidak bersedia untuk berkorban disaat menghadapi kesukaran didalam kehidupan. Kita mahu meraih kejayaan tetapi kita melihat masalah sebagai suatu beban didalam kehidupan, kita tidak mahu menepis segala persoalan yang melanda. Kita takut untuk memulakan sesuatu yang tidak biasa kita lalui dan lakukan, kita mahukan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan sahaja tetapi kita berharap untuk mendapat hasil yang berbeza dalam kehidupan kita. Tentu suatu yang mustahil sekiranya kita berhajat kepada yang lebih baik tetapi tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang menanti dan mendatang...

Saturday, 26 February 2011

nOktAh pErjAlaNan yaNG akHiR…


Kematian itu adalah pasti..setiap insan yang hidup pasti akan merasainya dan menemuinya samaada cepat atau lambat. Persoalannya kenapa harus ada perpisahan, tapi itulah suratan dan takdirnya yang tiada siapa yang dapat melawan fitrahNYA yang sudah termaktub dan tertulis sejak azali lagi..perpisahan yang membawa kepada kesedihan yang berpanjangan..tambah-tambah lagi jika insan itu sangat dekat di hati kita, sentiasa dekat di sisi kita samaada ketika susah atau senang…tiada ungkapan yang boleh di lontarkan…apatah lagi jika berpisah dengan orang yang tersayang..meratap,.meraung..merintih..menangis airmata darah sekalipun tiada siapa yang dapat menolong..yang pergi tetap pergi dan takkan kembali lagi walaupun hanya untuk menoleh sesaat pun..takkan…yang hidup harus teruskan perjalanan dan perjuangan..itu adalah pasti…


Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain..

Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan dan melahirkan rasa kasih sayang, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan dan persaudaraan.. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan titik kenangan yang terindah, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu yang utuh terbina diwaktu bersama-sama menuai kenangan...

Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan..ibarat berlalu bagai arus yang mengalir deras di sungai..di hanyutkan oleh ombak-ombak resah di pantai..melambung mengganas bagai ombak tsunami di pesisiran pantai..
Namun, perpisahan dalam tempoh yang singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan yang penuh kesyahduan...
Ya ALLAH..berkecai jantung, bergelojak jiwa, bercelaru fikiran..sedih yang menggunung tingginya..nak berlari tiada tujunya, nak berjalan tidak tahu kemana halanya…itulah gambaran yang dapat di gambarkan..


Thursday, 24 February 2011

mUtiaRa hiKmAh pEnawaR haTi pEnyEjuk d mAta...



Kita hidup meMERLUkan kata-kata semangat untuk menaikkan semangat dalam DIRI kita…tanpa semangat kita akan lemah dan longlai..BETUL tak?..wahai sahabat-sahabat marilah kita RENUNG-renungkan dan fikir-FIKIRkan bersama…AYUH!!!


Jikalau alasan anda ‘tak sempat’, ‘tak ada masa’..sedangkan anda masih berpeluang memBICARAkannya dan meLAFAZkannya..serta merungut-rungut, ini bermakna anda meNIPU..dan di mana anda menaNYATAkan ketidakSEMPATan itu..seSUNGGUHnya itu adalah MASA yang sepatutnya anda gunakan untuk merebut PELUANG yang diCARI…

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan kecuali Engkau, Engkau Penciptaku dan aku hambaMU yang tetap dalam kesetiaan dan janjiku sepanjang keMAMPUanku, Aku kembali kepadaMU dengan kenikmatan dan kembali kepadaMU dengan dosaku. Maka ampunilah aku, Sesungguhnya tiada pegampun dosa-dosa kecuali ENGKAU.”

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa mengucapkan doa itu dengan penuh keYAKINan pada siang hari dan ternyata wafat pada hari itu sebelum senja maka dia tergolong penghuni SYURGA. Barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dengan penuh keyakinan dan wafat sebelum subuh maka dia tergolong penghuni SYURGA pula.” (HR. Bukhari).