Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala..
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala..
kali ini saya nak bercerita tentang cinta pula..sebut pasal cinta semua senyum-senyum jea…ini bukan nak cerita tentang kisah cinta antara teruna dan dara atau puteri dan putera…tapi nak cerita pasal cinta yang merangkumi setiap aspek kerana cinta itu sangat meluas, yakni cinta kepada Allah, Nabi Muhammad, Ibubapa, keluarga, diri kita sendiri pun kena cinta jugak, sahabat-sahabat nabi, dan kaum muslimin dan
muslimat di seluruh dunia..
cinta yang di bajai dengan kasih sayang akan menguntumkan sebuah bunga yang mekar dan harum baunya…setelah itu, cinta yang telah terbina akan menghasilkan bahagia yang tiada tandingnya..
Bahagia yang tumbuh mengalir bermula dari keluarga..bermula dari titisan susu ibu yang tercinta..maka bercambah dan mengalirlah kasih abadi yang tumbuh dari ayah tercinta…walau kita panjat gunung everest sekalipun, berenang melintasi lautan dan gunung berapi..melintasi jua jejantas kereta api sekalipun takkan kita temui cinta semurni ayah, ibu & keluarga…
cinta itu berbeza ertinya samada pada waktu dan peristiwa..sifat cinta selalu berkembang dan terus berkembang umpama udara yang mengisi ruang-ruang kosong di angkasa..cinta juga seperti air yang terus mengalir yang kita sendiri tidak tahu di mana awalnya dan di mana akhirnya…namun cinta itu akan sama sekiranya kita membawanya kearah yang lebih baik dan sempurna dengan menghargainya dan sentiasa memupuknya…cinta akan mengajar kita untuk berlaku jujur, berkorban, berjuang, menerima, memberi dan mempertahankannya…itulah CINTA..
Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama..
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama..
Di sini saya nak kongsi tentang kisah Rasulullah betapa cintanya beliau kepada ummatnya…“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taat dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, Sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintaiku. Dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk syurga bersamaku.” Itulah khutbah terakhirnya yang begitu mencintai umat sekeliannya. Bahkan, beliau masih sempat bertanya, “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” pada Malaikat Jibril yang datang bersama Malaikat Izrail saat maut menjelang. Hingga rohnya ditarik perlahan, bibirnya yang kebiruan pun masih berbisik di telinga Ali, “Ummati, ummati, ummati..” begitulah betapa cintanya beliau kepada ummatnya…
Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi..
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya..
Cintakan saudara masa berada hanya sementara..
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya..
Cintakan saudara masa berada hanya sementara..
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..
No comments:
Post a Comment