Profile Dividers & Borders for MySapce, Friendster, hi5 and more

Sunday, 20 March 2011

aPa yAnG Di caRi dAlaM hiDuP iNi..???


Kali ni nak citer sikit apa yang kita nak cari dan apa yang perlu di cari sebenarnya dalam hidup kita ni..Kadang mungkin terlintas dalam fikiran kita mengapa kita melakukan itu dan ini, seolah-olah kita seperti tak punya arah tujuan bukan…

Sebagai makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah, manusia dikurniakn akal budi, boleh berfikir dan menentukan sesuatu yang terbaik dalam hidup... kehidupan manusia merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah Taala di muka bumi ini.

Firman Allah dalam surah ar-Ruum,” kita makhluk yang sempurna serta mampu menguruskan kehidupan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan. Namun masih ada yang lupa dan leka.

Perlu kita fikir dan ingat bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu itu ada gunanya. Sehinggakan batu dan kayu buruk pun ada gunanya. Dunia yang dihuni ini, dan setiap perkara yang diciptakan Allah di dunia ini adalah untuk melengkapkan kehidupan manusia dan ada kegunaannya, sama ada untuk dunia sendiri mahupun untuk di akhirat kelak.

Tujuan hidup manusia sebenarnya bergantung pada manusia itu sendiri, apakah yang diingininya dalam hidup ini, untuk apakah dia hidup di dunia ini. Kehidupan yang bagaimanakah yang dicari? Adakah kemewahan dan keseronokan.

Kita bekerja seharian, bertungkus-lumus, keluar pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang. Untuk apa kita bekerja hingga sebegitu rupa. Sehinggakan ada kalanya kita bekerja seolah-olah tidak cukup siang, sehinggakan waktu rehat pada malamnya dikorbankan, semata-mata untuk bekerja.Sedangkan aturan dan panduan hidup yang telah digariskan oleh Allah tidak begitu. Allah jadikan siang untuk kita bekerja dan mencari keperluan hidup, dan dijadikan malam itu untuk beristirahat.
Manusia digalakkan untuk mencari kehidupan di dunia, dan mencari rezeki. Seperti dianjurkan oleh Rasulullah, antara lain menyatakan manusia perlulah beramal untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramal seolah-olah  kita akan mati esok hari…
Islam tidak menyuruh umatnya hanya beribadat sahaja tanpa memikirkan soal keduniaan sehingga kemiskinan menyelubungi mereka. Cuba kita fikir kenapa Allah jadikan dunia ini untuk kita hidup? Dan, bagaimana untuk hidup di dunia ini dengan membuang segala yang terdapat di dalamnya.

Bagaimana mungkin kita boleh bergerak di lautan kalau tidak mempunyai bahtera, bagaimana kita mendapatkan keperluan kalau tidak mempunyai wang ringgit...

Ini semua perlu dicari dan diusahakan bagi mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan bagi meneruskan kehidupan yang seterusnya...

Realitinya pada hari ini, kita bukan sahaja mengejar keduniaan seolah akan hidup selamanya sehingga terus meninggalkan akhirat. Setidak-tidaknya jadikan apa yang diusahakan dalam perkara keduniaan itu untuk mendapatkan akhirat. 



Namun kita terus lalai dibuai keenakan dunia yang penuh pancaroba ini dan lupa tuntutan akhirat yang kelak. Kita terus berebut untuk memiliki sebuah rumah yang mewah, kereta mewah, perusahaan yang besar, dihormati oleh manusia, disegani, dan disanjung.
Cuba kita renungkan satu hadis nabi “ apabila mati anak adam terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, anak yang soleh yang mendoakannya, amalan yang soleh yang dikerjakannya, dan amal jariah yang dilakukannya semasa hidup”.
Apakah masih belum kita temui pencarian kita di dunia ini? Dunia hanyalah tempat persinggahan dan sempadan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh di sana iaitu ke akhirat.

Sepatutnyanya kita mencari bekalan yang memungkinkan kita sampai ke akhirat dengan perjalanan yang baik dan kita dapat “membeli” keadaan yang baik, mewah dan sempurna di akhirat yang membawa kebahagiaan yang berpanjangan...

No comments:

Post a Comment