Profile Dividers & Borders for MySapce, Friendster, hi5 and more

Monday, 28 February 2011

pEnGorBanAn cEtuS keBahaGiaAn

“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia…hmm…hmm..hmm..Untuk menjadi bukti, kasih yang sejati, itulah tandanya, jika mahu diuji”…itulah bait-bait lirik nyanyian Tan Sri P.Ramlee..

Dalam meniti kehidupan ini pengorbanan memainkan peranan yang penting untuk kita mencapai apa yang kita inginkan dan hajati.  Bak kata pepatah “Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan keyakinan, kejayaan menentukan kejayaan dan kejayaanlah yang menentukan kebahagiaan..Jadi, walau terkadang pahit atau manis untuk di telan namun telanlah ia dan jadikanlah ia sebahagian dari perjuangan kita..

bila sebut aje pasal pengorbanan ini, tak semestinya berkorban dari segi harta atau sebaliknya tetapi kita sebagai pelajar marilah sama-sama berkorban masa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjuang dengan tabah dalam mencari ilmu bagi menjamin kejayaan kita..bersengkang mata dalam menuntut ilmu, mengorbankan masa untuk bersama keluarga tercinta, itulah pengorbanan sebenarnya…ketahuilah, jika kejayaan dapat dikecapi bukan saja memberi kegembiraan yang menggunung terhadap diri kita tetapi ibubapa kita juga akan tersenyum bangga melihat akan kejayaan kita…


Kemanisan kejayaan suatu yang sukar untuk dilupakan di dalam kehidupan siapa saja, namun setiap kemanisan kejayaan itu tentu sekali diiringi dengan persediaan rapi untuk melalui kesukaran didalam kehidupan. Setiap kesukaran dan kepayahan yang dilalui tentunya menjanjikan kejayaan demi kejayaan, walaupun kejayan itu adalah ketentuan dari Allah swt namun setiap kesukaran itu pastinya akan membuahkan kemanisan kejayaan dengan izin Allah swt. Kita perlu berani untuk menghadapi kesukaran dan kepayahan. Sejauh manakah kita membuat persiapan diri kita untuk menghadapi kesukaran di dalam kehidupan?

Adakah kita sering bersikap adil kepada diri kita? Kita mahukan kemanisan kejayaan tetapi kita tidak bersedia untuk berkorban disaat menghadapi kesukaran didalam kehidupan. Kita mahu meraih kejayaan tetapi kita melihat masalah sebagai suatu beban didalam kehidupan, kita tidak mahu menepis segala persoalan yang melanda. Kita takut untuk memulakan sesuatu yang tidak biasa kita lalui dan lakukan, kita mahukan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan sahaja tetapi kita berharap untuk mendapat hasil yang berbeza dalam kehidupan kita. Tentu suatu yang mustahil sekiranya kita berhajat kepada yang lebih baik tetapi tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang menanti dan mendatang...

No comments:

Post a Comment