Profile Dividers & Borders for MySapce, Friendster, hi5 and more

Sunday 27 March 2011

imPian dAn haRaPAn pEmacu KejAyaAn


kita di lahirkan di dunia ini sesungguhnya adalah satu rahmat dari ALLAH. Oleh itu, setelah kita melalui perjalanan yang penuh onak dan duri kita memerlukan impian untuk di gapai dek akal dan harapan untuk di capai dek tangan..dalam perjalanan yang kita lalui masa merupakan pengadil yang paling adil..ia bergerak pada paksinya, berhenti perjalanannya setelah ketiadaan tenaga untuk bergerak..pernahkah kita berfikir???
andai dapat diundur putaran masa, terlalu banyak perkara yang ingin kita lakukan. namun, sebagai manusia kita tidak patut menyesali atas apa yang telah berlaku. Malah kita tidak boleh menyalahkan takdir atas kelalaian diri kita sendiri. Harus cermin dan teliti apa kesalahan diri kita.


Bila usia meningkat dari hari ke hari kita akan sedar betapa rugi masa yang telah dibazirkan demi menikmati keseronokan yang di kecapi hanya untuk sementara. Dan kita tidak pernah menyedarinya…“sesungguhnya manusia itu dalam kerugian”.

Meniti hari yang penuh ranjau dan duri sememangnya memeritkan bagi sesiapa yang telah memilih untuk bersenang- senang dahulu tetapi akhirnya susah dikemudian hari. Setiap malam, setiap saat, setiap detik hanya memikirkan apa yang akan berlaku keesokan harinya. Menghitung hari..Tiadakah perkara ajaib yang akan mengubah hidup ini??.......biar menangis air mata darah sekalipun kejaiban tidak akan berlaku tanpa DOA yang di panjatkan,tanpa USAHA yang berterusan, tanpa IKTHIAR di amalkan dan tanpa TAWAKKAL yang kepada ALLAH.

Melihat kejayaan orang lain telah memberi tamparan yang hebat. Rasa cemburu yang meluap- luap seakan memaksa diri mencari kaedah lain untuk berjaya. Namun, semuanya terasa sangat sukar untuk dikecapi apabila menghadapi kenyataan. Walaupun dulu kita pernah menjadi seorang yang hebat di mata orang lain tetapi semua itu tidak akan berterusan sekiranya kita tak mengambil endah tak endah terhadap masa depanmu.

Arghhhh “ kejamnya dunia”, Arghhhh “ kenapalah aku” .Itulah perkataan yang sering diungkapkan apabila melihat kesenangan orang lain. pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri “adakah hanya tahap ini yang mampuku kita gapai dan capai??”. Pernahkah kita menerokai dan selidiki sendiri apakah kebolehan yang masih belum digunakan dan apakah kebolehan lain yang masih belum di bongkarkan. Manusia memang mudah lupa dan alpa. Hanya tahu merungut dan menangis apabila diduga. “Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan, permudahkanlah jalan untukku. Mohonlah kepada Allah S.W.T dan berusahalah selagi terdaya dan bertawakkallah setelah kita sudah berusaha….


Peganglah kepada kata-kata “bukan mudah untuk berjaya”….sebaliknya gunalah kekuatan, kelebihan, kekurangan, kelemahan yang setia melilit di tulang empat kerat kita untuk meraih kejayaan di kemudian hari dan mendatang…

Adakah impian dan harapan anda sudah tercapai???


Sunday 20 March 2011

aPa yAnG Di caRi dAlaM hiDuP iNi..???


Kali ni nak citer sikit apa yang kita nak cari dan apa yang perlu di cari sebenarnya dalam hidup kita ni..Kadang mungkin terlintas dalam fikiran kita mengapa kita melakukan itu dan ini, seolah-olah kita seperti tak punya arah tujuan bukan…

Sebagai makhluk terbaik yang diciptakan oleh Allah, manusia dikurniakn akal budi, boleh berfikir dan menentukan sesuatu yang terbaik dalam hidup... kehidupan manusia merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah Taala di muka bumi ini.

Firman Allah dalam surah ar-Ruum,” kita makhluk yang sempurna serta mampu menguruskan kehidupan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan. Namun masih ada yang lupa dan leka.

Perlu kita fikir dan ingat bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu itu ada gunanya. Sehinggakan batu dan kayu buruk pun ada gunanya. Dunia yang dihuni ini, dan setiap perkara yang diciptakan Allah di dunia ini adalah untuk melengkapkan kehidupan manusia dan ada kegunaannya, sama ada untuk dunia sendiri mahupun untuk di akhirat kelak.

Tujuan hidup manusia sebenarnya bergantung pada manusia itu sendiri, apakah yang diingininya dalam hidup ini, untuk apakah dia hidup di dunia ini. Kehidupan yang bagaimanakah yang dicari? Adakah kemewahan dan keseronokan.

Kita bekerja seharian, bertungkus-lumus, keluar pada waktu pagi dan pulang pada sebelah petang. Untuk apa kita bekerja hingga sebegitu rupa. Sehinggakan ada kalanya kita bekerja seolah-olah tidak cukup siang, sehinggakan waktu rehat pada malamnya dikorbankan, semata-mata untuk bekerja.Sedangkan aturan dan panduan hidup yang telah digariskan oleh Allah tidak begitu. Allah jadikan siang untuk kita bekerja dan mencari keperluan hidup, dan dijadikan malam itu untuk beristirahat.
Manusia digalakkan untuk mencari kehidupan di dunia, dan mencari rezeki. Seperti dianjurkan oleh Rasulullah, antara lain menyatakan manusia perlulah beramal untuk dunia seolah akan hidup selamanya dan beramal seolah-olah  kita akan mati esok hari…
Islam tidak menyuruh umatnya hanya beribadat sahaja tanpa memikirkan soal keduniaan sehingga kemiskinan menyelubungi mereka. Cuba kita fikir kenapa Allah jadikan dunia ini untuk kita hidup? Dan, bagaimana untuk hidup di dunia ini dengan membuang segala yang terdapat di dalamnya.

Bagaimana mungkin kita boleh bergerak di lautan kalau tidak mempunyai bahtera, bagaimana kita mendapatkan keperluan kalau tidak mempunyai wang ringgit...

Ini semua perlu dicari dan diusahakan bagi mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan bagi meneruskan kehidupan yang seterusnya...

Realitinya pada hari ini, kita bukan sahaja mengejar keduniaan seolah akan hidup selamanya sehingga terus meninggalkan akhirat. Setidak-tidaknya jadikan apa yang diusahakan dalam perkara keduniaan itu untuk mendapatkan akhirat. 



Namun kita terus lalai dibuai keenakan dunia yang penuh pancaroba ini dan lupa tuntutan akhirat yang kelak. Kita terus berebut untuk memiliki sebuah rumah yang mewah, kereta mewah, perusahaan yang besar, dihormati oleh manusia, disegani, dan disanjung.
Cuba kita renungkan satu hadis nabi “ apabila mati anak adam terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara, anak yang soleh yang mendoakannya, amalan yang soleh yang dikerjakannya, dan amal jariah yang dilakukannya semasa hidup”.
Apakah masih belum kita temui pencarian kita di dunia ini? Dunia hanyalah tempat persinggahan dan sempadan untuk menambahkan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh di sana iaitu ke akhirat.

Sepatutnyanya kita mencari bekalan yang memungkinkan kita sampai ke akhirat dengan perjalanan yang baik dan kita dapat “membeli” keadaan yang baik, mewah dan sempurna di akhirat yang membawa kebahagiaan yang berpanjangan...

Friday 18 March 2011

TaLi siLatuRraHim kEhiDupAn..



SATU MINIT untuk bertemu seseorang yang istimewa,
SATU JAM untuk menghargainya, dan
SATU HARI untuk menyukai dan mengasihinya...
TETAPI...kita memerlukan waktu
SEUMUR HIDUP untuk melupakannya!


Begitu indah kata-kata ini, indah lagi jika kita mengetahui maksud yang tersirat dan tersurat di sebaliknya...Oleh itu, dalam menjalani kehidupan ini semestinya kita memerlukan seorang sahabat untuk sama-sama berkongsi rasa suka dan duka.. jadi, setujukah anda semua pembaca yang budiman..sekiranya saya mengatakan bahawa persahabatan amat penting dalam sesebuah kehidupan…???..mungkin anda semua mempunyai pendapat masing-masing…cuba fikirkan..tapi jangan samapai nak pecah kepala pula memikirkannya..apa-apapun bacalah coretan ini…sekadar perkongsian bersama..

kata-kata hikmah juga ada menyebut “Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah dia supaya merasa marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu atau aibmu… Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabat”..itulah sebaik-baik sahabat…

Wah!!!
Betapa indahnya sebuah persahabatan itu, betapa indahnya lagi kurniaan kasih sayang yang Allah berikan untuk kita semua menikmatinya…bukan sahaja untuk dicurahkan untuk keluarga tersayang tapi itulah juga kasih sayang untuk kita berikan pada seorang insan yang bernama SAHABAT…

Misalnya…
Tika berjauhan dari keluarga tercinta..contohnya macam kita semualah, merantau untuk mencari secebis ilmu untuk di penuhkan di dada…Tika itu sahabatlah yang membuat kita selalu rasa ceria, membuat kita rasa semangat untuk hadapi kehidupan yang mendatang, menghiasi hari-hari yang kosong penuh dengan warna-warna kehidupan, sahabat jugalah yang membuatkan  senyuman kita sentiasa terukir dibibir dengan ikhlas…bila sedih?..merekalah yang memberikan pelukan yang sangat erat dan bersedia menghulurkan bahu untuk kita melabuhkan ketenangan diri kita di situ…
Betapa hebatnya apabila mendapat sebuah persahabatan yang sangat indah…mereka sanggup mengalirkan airmata bersama-sama dengan kita apabila melihat kita dalam kesedihan…mereka juga sanggup melakukan apa sahaja supaya kita kembali ceria dan gembira..

Makanya…
Tidaklah kita dapat mengenali orang lain melainkan 3 waktu dan keadaan…Yakni…1-Tidaklah kita dapat mengenali orang lain melainkan ketika dia sedang marah..maksud di sini ialah bila kemarahan itu muncul pada diri seseorang itu, kita dapat lihat samada dia boleh mengawal marahnya atau tidak, jadi di situ kita boleh kenal sahabat kita tu jenis yang macam mana..


Yang ke-2- tidaklah dapat kita kenali seseorang itu berani atau tidak melainkan pada waktu ia pergi berjuang..bila sebut pasal berjuang bukanlah berjuang di medan peperangan semata-mata yea..itu pun betul jugak..hehe..tapi berjuang dari sudut lain..seperti apa yea..contohnya, berani menyahut cabaran tatkala benda yang ingin di lakukan itu memang sangat mencabar tetapi ia berani menyahut cabaran itu dan sanggup berjuang sehabis daya..camtulah lebih kurang..

3- tidak dapatlah kita mengenali sahabat melainkan waktu kesusahan…iaitu susah dan senang sentiasa bersama..bukanlah berkawan di waktu senang jea..bila dalam kesusahan semua cabut lari..jadi itu bukanlah sahabat yang baik untuk kita…jadi berawaslah…


sekadar coretan sahaja..yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang kurang itu adalah kelemahan diri saya sendiri…wassalam…


Saturday 5 March 2011

rEmPah raTUs ciNtA



Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala..

kali ini saya nak bercerita tentang cinta pula..sebut pasal cinta semua senyum-senyum jea…ini bukan nak cerita tentang kisah cinta antara teruna dan dara atau puteri dan putera…tapi nak cerita pasal cinta yang merangkumi setiap aspek kerana cinta itu sangat meluas, yakni cinta kepada Allah, Nabi Muhammad, Ibubapa, keluarga, diri kita sendiri pun kena cinta jugak, sahabat-sahabat nabi, dan kaum muslimin dan 
muslimat di seluruh dunia..

cinta yang di bajai dengan kasih sayang akan menguntumkan sebuah bunga yang mekar dan harum baunya…setelah itu, cinta yang telah terbina akan menghasilkan bahagia yang tiada tandingnya..

Bahagia yang tumbuh mengalir bermula dari keluarga..bermula dari titisan susu ibu yang tercinta..maka bercambah dan mengalirlah kasih abadi yang tumbuh dari ayah tercinta…walau kita panjat gunung everest sekalipun, berenang melintasi lautan dan gunung berapi..melintasi jua jejantas kereta api sekalipun takkan kita temui cinta semurni ayah, ibu & keluarga…

cinta itu berbeza ertinya samada pada waktu dan peristiwa..sifat cinta selalu berkembang dan terus berkembang umpama udara yang mengisi ruang-ruang kosong di angkasa..cinta juga seperti air yang terus mengalir yang kita sendiri tidak tahu di mana awalnya dan di mana akhirnya…namun cinta itu akan sama sekiranya kita membawanya kearah yang lebih baik dan sempurna dengan menghargainya dan sentiasa memupuknya…cinta akan mengajar kita untuk berlaku jujur, berkorban, berjuang, menerima, memberi dan mempertahankannya…itulah CINTA..

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama..

Di sini saya nak kongsi tentang kisah Rasulullah betapa cintanya beliau kepada ummatnya…“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taat dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, Sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintaiku. Dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk syurga bersamaku.” Itulah khutbah terakhirnya  yang begitu mencintai umat sekeliannya. Bahkan, beliau masih sempat bertanya, “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” pada Malaikat Jibril yang datang bersama Malaikat Izrail saat maut menjelang. Hingga rohnya ditarik perlahan, bibirnya yang kebiruan pun masih berbisik di telinga Ali, “Ummati, ummati, ummati..” begitulah betapa cintanya beliau kepada ummatnya…

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi..
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya..
Cintakan saudara masa berada hanya sementara..
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..