Profile Dividers & Borders for MySapce, Friendster, hi5 and more

Saturday, 2 April 2011

NikmAtiLaH aNuGerAh kEhiDupAn

Insan dijadikan sebagai makhluk yang paling sempurna. Sempurna kerana dilengkapkan dengan akal fikiran yang dapat memandu hidup dan hala tuju kita. Di dalam al-quran juga ada menyebut bahawa manusia  dijadikan sebaik-baik kejadian..kerana penciptaan insan yang begitu unik dan istimewa itulah yang melayakkan untuk bergelar khalifah di bumi ini..



Namun di dalam kesempurnaan penciptaannya, ada lagi yang merintih kekurangan dirinya, malah ada yang menyalahkan takdir yang datang menimpa-nimpa…Kerana sikap inilah yang tidak akan dapat membantu kehidupan kita. Ia hanya akan membawa kepada perasaan putus asa, kecewa dan sedih yang akhirnya akan merosakkan diri dan mematahkan semangat kita.

Kita terimalah seadanya..dengan hati yang terbuka dan penuh redha. Walaupun kita memiliki banyak kekurangan, percayalah bahawa kita adalah hambaNYA yang terpilih dan terbaik. Di sebalik kekurangan kita, tentu banyak lagi kelebihan dan keunikan yang ALLAH kurniakan . jadi tak perlulah bersedih dan rasa terhina, sebaliknya kuatkan jiwa untuk membangunkan diri dan berusaha memotivasikan diri kita untuk berusaha untuk mencapai potensi yang membanggakan..

- anUgEraH-
Hayatilah dan nikmatilah detik kehidupan kita, insyaALLAH kita akan temui 1001 kemanisan dan kebahagiaan di sebaliknya. DIA Maha Mengetahui dan DIAlah sebaik-baik perancang jadi carilah mutiara di dalam pepasir agar kita sentiasa menjadi hamba-NYA yang bersyukur.

Duhai kawan duhai teman…betapa ruginya kita, terlalu banyak anugerah untuk kita syukuri jika kita betul-betul muhasabah dan menginsafi diri kita. Anugerah yang di berikan itu mungkin tidak di sedari oleh kita, namun apabila kita kehilangannya, saat dan waktu itulah barulah kita menyedarinya betapa pentingnya anugerah itu…Allahuakbhar...agungnya kurniaan ALLAH itu…

No comments:

Post a Comment